Thursday, 9 November 2023

KEBURUKAN KETAWA KETERLALUAN

 
Tertawa tabiat semula jadi manusia. Tertawa itu datang selepas memahami dan mengetahui ucapan yang didengar atau sikap daripada gerakan dilihat sehingga membuatkan hati berasa lucu.

Indahnya Islam tidak melarang seseorang itu berseronok dengan bergelak ketawa. Namun, hendaklah ketawa yang tidak keterlaluan. Hndaklah sederhana dalam ketawa kerana apabila ketawa terlalu kuat, kita sering alpa dalam menghayati akhlak Islam yang sebenar.

Allah SWT telah mencela orang Musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Adakah kamu hai Musyrikin rasa hairan dengan ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dengan keadaan lalai." (Surah an-Najm, ayat 59-61)

Ibn Masud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah SAW. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Janganlah kalian banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati.” (Hadis riwayat Ibnu Majah 4183)

Keburukan ketawa keterlaluan:
- Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna akal.
- Memberanikan orang bodoh kepada kita.
- Jika bodoh akan bertambah kebodohannya
- Jika alim akan berkurangan ilmunya
- Ketawa akan memuntahkan ilmu dan kebijaksanaan
- Melupakan dosa-dosa yang lalu.
- Melupakan mati dan akhirat.
- Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan membekukan hati.
- Menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawaan kita.
- Akan banyak menangis di akhirat.

No comments:

Post a Comment