Wednesday, 29 November 2017

MAKANAN RUJI PERLU DITANAM UNTUK KESELAMATAN


Banyak ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah-buahan yang pelbagai menunjukkan betapa pentingnya bidang pertanian pada pandangan Islam.

Allah SWT berfirman dalam surah al Anaam ayat 99 yang bermaksud: “Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah-buan) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kami menjadikan (di atas muka bumi ini tempat yang sesuai untuk dibuat) ladang-ladang kurma dan anggur. Kami pancarkan banyak mata air (di situ). Tujuannya supaya mereka boleh mendapat rezeki daripada hasil tanaman tersebut dan tanam-tanaman lain yang mereka usahakan. Adakah mereka berasa tidak perlu bersyukur?”
(Surah Yasin, ayat 34-35)

Bidang pertanian, terutama yang mengeluarkan hasil makan ruji seperti beras perlu dilihat dari aspek keselamatan negara. 

Sebab itu, negara kaya dan maju terus mengeluarkan sendiri sumber makanan biarpun sebenarnya adalah lebih menguntungkan jika negara berkenaan mengimport bekalan makanan itu dari luar negara.

Negara maju belum tentu selamat dan dapat menyediakan bekalan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya jika berlaku peperangan, bencana dan ancaman penyakit sekiranya tidak mempunyai bekalan makanan dikeluarkan sendiri di dalam negara.

Keperitan dan kesengsaraan rakyat pada zaman penjajahan Jepun bukan saja tertumpu kepada layanan buruk tentera Jepun, tetapi turut menjadi isu utama ialah kekurangan bekalan makanan. 

Justeru, bidang pertanian pada bila-bila masa perlu diberi keutamaan.  Pengeluaran hasil makanan yang mencukupi untuk keperluan rakyat perlu dijadikan agenda utama negara. 

Sebagai contoh, Jabatan Pertanian negeri boleh menggunakan pendekatan blue ocean strategy (strategi lautan biru) dalam melaksanakan pelbagai program khusus sama ada untuk tenaga kerja kerajaan atau swasta..

No comments:

Post a Comment