Thursday 21 December 2017

Suami paksa isteri laku seks dengan lelaki lain

Suami durjana gelaran paling tepat diberikan kepada seorang suami yang memaksa isteri melakukan hubungan dengan lelaki lain. Perbuatan itu dilakukan untuk dapatkan kepuasan seksual pelik. 

Menurut laporan akhbar, lelaki berusia 40-an mempunyai nafsu aneh yang ghairah melihat isterinya mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

Malah dia sanggup mempelawa rakan ke rumahnya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Tindakan tidak senonoh itu semakin menjadi-jadi apabila suami memperdaya misteri dengan membawanya ke pusat urut sebelum memaksanya mengadakan hubungan seks dengan tukang urut lelaki.

Sumber polis berkata, suami mempunyai keinginan nafsu pelik apabila lebih berminat melihat isterinya mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

Suami pernah membawa rakannya menumpang tidur di kediaman mereka sebelum memaksa isteri mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu.

Isteri dipukul sekiranya menolak kemahuan suaminya itu.

Rakan suami yang turut menetap di rumah pasangan itu turut mengadakan hubungan seks dengan isteri.

Lebih menyedihkan apabila suami mangsa turut membawa lelaki warga asing dari Vietnam, Bangladesh dan Indonesia ke rumahnya untuk mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

Berikutan tidak tahan dengan nafsu pelik suami, isteri melarikan diri dan membuat laporan polis.

Polis yang menerima laporan berjaya menahan suami untuk siasatan lanjut.

Suami sepatutnya menjaga maruah dan mempertahankan isteri daripada melakukan perbuatan dosa. Suami adalah pemimpin dan pelindung isteri.

Firman Allah SWT bermaksud: “Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” - (Surah an-Nisa, ayat 34)

Kedudukan suami bukan satu pasport untuk melakukan atau mengarah isteri melakukan perkara bukan-bukan. 

Sebaliknya, ia satu amanah besar untuk menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak.

Hak suami terhadap isteri hanya dalam soal melakukan kebaikan. Suami tiada hak memaksa isteri melakukan perkara ditegah Alllah.  

No comments:

Post a Comment