Saturday 26 October 2019

GULA ADALAH RACUN


Gula yang berlebihan dalam badan boleh dianggap sebagai racun. Gula berlebihan bukan hanya menyebabkan masalah obesiti, diabetes, sakit jantung koronari dan alzheimer.

Gula berlebihan turut menyebabkan masalah gangguan kepada bakteria baik probiotik dalam usus yang menyebabkan gangguan kepada daya berfikir secara fleksible kepada otak seseorang dan mengganggu memori baru dan lama.

Jadi, mengapa kita terus menerus memasukkan racun dalam badan kita. Kadar pengambilan gula rakyat Malaysia adalah antara tertinggi di dunia.

Diabetes atau kencing manis adalah masalah kronik jangka panjang yang ditandai dengan tahap yang luar biasa tinggi gula atau glukosa dalam darah.

Setiap 1 daripada 5 orang Malaysia mempunyai masalah kencing manis.

Pesakit diabetes sama ada tidak menghasilkan cukup insulin atau atau tidak boleh menggunakan insulin yang tubuh mereka menghasilkan.

Akibatnya, glukosa membina dalam aliran darah. Jika tidak dirawat, kencing manis boleh membawa kepada kebutaan, penyakit buah pinggang, penyakit saraf, penyakit jantung, dan stroke.

Dalam suasana gaya hidup moden, peningkatan tahap glukosa darah telah diakui sebagai pencetus untuk pelbagai penyakit kronik terutamanya diabetes dan obesiti. Ini adalah berpunca daripada tindakbalas hasil pemakanan karbohidrat yang tinggi.

No comments:

Post a Comment