Tuesday 22 October 2019

Bukan Islam bantu bersih masjid


Sesuatu musibah bukan membawa keburukan semata-mata. Malah dalam banyak hal, musibah membawa kepada kebaikan di sebaliknya.

Contohnya, kejadian pada 20 Okt 2019, pihak berkuasa Hong Kong menyembur cecair berwarna dan berbau busuk ke arah Masjid Tsim Sha Tsui di Kowloon ketika menyuraikan penunjuk perasaan telah mempopularkan Islam di Hong Kong.

Pihak berkuasa tidak sengaja atau tidak mensasarkan masjid ketika menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Namun, semburan itu ternyata mengenai pagar dan kawasan masjid.

Menyedari itu satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan berasa bersalah, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, mengunjungi masjid terbesar kota itu untuk meminta maaf.

Beliau menyatakan permohonan maaf secara terbuka. Imam masjid dan Persatuan Muslim Hong Kong menerima dengan hati terbuka dan menyedari bahawa apa yang terjadi bukan disengajakan.

Apa yang dikatakan kebaikan di sebalik peristiwa itu membuktikan kedudukan umat Islam sebenarnya dihormati di kalangan penduduk Hong Kong sehinggakan pemimpin tertinggi sendiri memohon kemaafan atas apa yang terjadi.

Kunjungan pemimpin Hong Kong itu ke masjid telah mendapat liputan meluas di negara berkenaan dan seluruh dunia yang sekaligus memperkenalkan mengenai Islam di Hong Kong.

Malah retetan peristiwa itu, ramai penduduk Hong Kong berkunjung ke masjid sama ada untuk melihat kesan semburan itu dan tidak kurang juga yang mengambil tindakan untuk mencuci kawasan masjid.

Jika selama ini masjid tersebut hanya diketahui kewujudannya oleh orang Islam, kini secara sekelip mata, ramai masyarakat Hong Kong mengetahuinya.

Mereka datang dan satu rasa satu tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga masjid agar tidak berlaku lagi sesuatu perkara buruk.

No comments:

Post a Comment