Wednesday 16 October 2019

HASIL KENAF MENDAPAT PERMINTAAN TINGGI


Penanaman kenaf semakin berkembang di negara kita, biarpun dilihat agak perlahan. Sebenarnya ramai petani belum mengetahui pengenai potensi kenaf sebagai tanaman mendatangkan sumber pendapatan yang agak lumayan.

Permintaan terhadap kenaf amat tinggi, terutama untuk pasaran eksport. Kenaf digunakan untuk pembuatan fiber yang kini menjadi satu bahan utama untuk pelbagai industri, terutama pembuatan kereta.

Di Kelantan, kawasan penanaman kenaf lebi tertumpu di kawasan Bachok dan Pasir Putih. Sebahagian besar petani yang terlibat ialah mereka yang dahulunya pernah menjadi penanam tembakau.

Penanaman kenaf sebenarnya lebih mudah berbanding tembakau. Namun, tidak dinafikan hasil pendapatan dari penanaman tembakau lebih lumayan untuk satu kawasan yang mempunyai keluasan yang sama.

Tanaman kenaf merupakan tanaman yang mudah dan hanya mengambil masa enam bulan untuk dituai.

Gambar: Proses mengeringkan batang kenaf sebelum dijual.

No comments:

Post a Comment