Friday 8 November 2019

KEGUNAAN TELUR SIPUT GONDANG EMAS

Ada orang berkata, 'eh..cantiklah... buah apa ni.. boleh dimakan ke?' apabila melihat gambar ini.

Sebenarnya itu bukan sejenis buah. Ini adalah telur siput gondang emas.

Telur siput gondang emas jenis yang di dalam gambar ini tidak sesuai untuk dimakan kerana boleh menyebabkan rasa sakit perut. Jenis yang boleh dimakan berwarna kuning pudar.

Telur siput gondang emas boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya, ambil telur siput gondang emas, hancurkan dan kemudian dilumurkan di rambut. Biarkan setengah jam dan kemudian bilas.

Siput gondang emas merupakan sejenis hidupan daripada kumpulan siput yang merosakkan tanaman padi. Siput ini dipercayai berasal dari kawasan paya di Argentina dan Brazil di Benua Amerika Selatan.

No comments:

Post a Comment