Tuesday 17 December 2019

PERANGKAP TAWARAN MENDAPAT UNTUNG TANPA MENJUAL


Di media sosial menjadi medan untuk berniaga atau mencari pelanggan. Sebenarnya tidak ramai yang minat berniaga, tetapi mahu mencari untung dengan mudah.


Maka, di media sosial akan sentiasa ada program yang awal-awal lagi dimaklumkan oleh orang 'menaja' itu sebagai bukan program MLM dan tidak perlu menjual barang. Sedangkan untung yang dijanjikan lumayan mengalahkan gaji pegawai kerajaan.

Tawaran itu tentu sekali mengujakan. Modal kecil tetapi untungnya besar. Keluar modal sekali seumur hidup namun untungnya sehingga mati dan dapat diwariskan kepada ahli keluarga.

Kalau tidak menjual bagaimana hendak datang untungnya? Kalau pun ada barang yang perlu dibeli, itu hanya sekali sahaja. Tidak ubah sekadar untuk mengatakan itu satu bentuk perniagaan.

Hakikatnya itulah satu 'penipuan' yang berjaya menarik minat orang mempercayainya dan kemudian mencari mangsa lain.

Ambil contoh program yang mendapat sambutan sekarang ini. Ini modus operandinya:

Bila anda join, nak dapatkan kelebihan recruiting tu anda kena upgrade dengan bayaran RM199. Lepas tu anda akan dapat referral link.

Anda pun promotlah link tu. Macamana nak promot? Bagitau ini adalah peluang untuk buat duit. Kenapa? Setiap downline/anak buah yang join dan upgrade (bayar RM199) anda akan dapat RM50.

Jadi orang yang join bawah anda (anda dah makan duit dia RM50 dan bakinya penganjur makan), nak dapatkan balik modal dia, dia kena promot link dia pulak.

Dan orang yang upgrade bawah dia kena cari orang lain pula yang upgrade dan orang tu kena cari orang lain pula dan kemudian orang itu kena cari orang lain pula dan dia kena cari orang lain pula upgrade dan kena cari orang lain pula dan... akhirnya penganjur kaya.

Apabila anak buah / downline dah cukup 30 orang, peserta akan 'naik pangkat' dan dapat juga sebahagian 'komisen' dari downline kepada downline dia. Lepas ada cukup anak buah / downline yang naik pangkat, peserta tadi akan 'naik pangkat' lagi dan dapat komisen lain pula.

Orang masuk awal punya kelebihan. Orang masuk hujung ekor-ekor memang tak balik modallah.

Promosi dibuat secara besar-besaran supaya nampak hebat dan ramai yang tertarik. Maka yang tertarik dan terperangkap. Yang dilabur menjadi lebur. Memandangkan modal sekadar RM199, ramai tidak ambil peduli biarpun telah rugi sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment