Thursday 8 October 2020

BEZA MAKSUD 'NORMAL' DAN 'NORMA'

Banyak orang keliru untuk mengeja perkataan ‘normal’ dan ‘norma’ apabila disebut mengenai cara hidup baharu yang perlu diikuti atau dilakukan akibat wabak Covid-19.

Mana satu betul sama ada ‘normal baharu’ atau ‘norma baharu’. Sebenarnya, ejaan kedua-dua istilah itu betul, tetapi membawa maksud yang berbeza dari segi maksud penggunaan.

Normal ialah keadaan biasa yang menjadi amalan atau menurut aturan kebiasaan berkaitan fungsi, sikap atau keupayaan.

Norma pula ialah satu ketetapan atau peraturan yang perlu atau sepatutnya dilakukan oleh seseorang, kumpulan atau masyarakat.

Jadi, perkataan ‘normal’ atau ‘norma’ mana yang betul dalam situasi berkaitan dengan wabak Covid-19 ini?

Normal baharu dan norma baharu kedua-dua boleh digunakan atau betul, tetapi membawa kepada maksud yang berbeza.

Normal baharu bermaksud satu kebiasaan baharu yang dilakukan atau perlu dilakukan, berbeza dengan sebelumnya. 

Norma baharu pula bermaksud satu ketetapan peraturan baharu yang perlu dilakukan, berbeza dengan sebelumnya. 

Dengan kata lain, perkataan norma lebih merujuk kepada satu ketetapan yang perlu dijadikan normal dalam kehidupan. Ia membawa kepada satu perintah atau peraturan berkaitan undang-undang.

1 comment:

  1. Normal;
    Dalam corak kehidupan, normal ialah cara hidup biasa yang tidak terikat selagi tidak melanggar batas perundangan dengan maksud lain corak hidup yang bebas dengan perlaksanaannya mengikut perancangan sendiri selagi ia tidak melanggar batas perundangan yang sedia ada.

    Norma; ( Norma baru ).
    Ialah corak perlaksanaan pengurusan hidup baru yang dilaksanakan perpandukan ketapan baru ( SOP ) yang dibentuk berdasarkan situasi semasa sama ada aman darurat atau bahaya supaya tidak bahaya untuk diri sendiri mahupun kepada orang lain, dengan erti kata lain, mengubah tabiat kebiasaan cara hidup berpandukan ketatapan baru atas sebab tertentu.

    ReplyDelete