Saturday 21 November 2020

CARA TADAH AIR HUJAN MUSIM KEMARAU

Pada masa dahulu, cara mudah untuk mengumpul air ialah dengan menadah air hujan. Bekas besar seperti tong drum, tangki air dan tempayan akan digunakan semaksima mungkin.

Masalahnya, itu hanya dapat dilakukan ketika musim hujan. Biarpun di negara kita menerima kadar taburan hujan yang agak tinggi, ada ketikanya hujan tidak turun berbulan-bulan di sesuatu kawasan pada musim kemarau.

Jadi, tiada cara untuk tadah air hujan musim kemarau. Hendak tadah air hujan macam mana kalau air hujan tidak turun? Kata orang Kelantan, ‘tak dok jalan’.

Tentu sekali satu tangki atau beberapa tangki air yang ditadah semasa musim hujan tidak dapat menampung keperluan untuk dua atau tiga bulan bagi kegunaan seisi rumah.

Air tadahan satu atau dua tangki hanya mampu untuk kegunaan sehari atau dua hari sahaja. Kalau berjimat pun bolehlah tahan sehingga tiga atau empat hari.

Jadi, apakah penyelesaian untuk mendapatkan bekalan air? Kalau penduduk kampung rasanya tidak ada masalah sangat kerana mereka boleh menggali telaga atau menggunakan air sungai. Itupun kaedah yang digunakan sejak zaman dahulu lagi.

Masalahnya kepada mereka yang tinggal di bandar, terutama penghuni rumah flat.

Cara yang terbaik ialah dengan menggunakan perkhidmatan pembekalan air yang disediakan pihak swasta. Itulah cara yang diamalkan di seluruh dunia sekarang ini.

Air bersih dihasilkan di loji rawat air dan kemudiannya disalurkan ke pada pengguna melalui saluran paip bawah tanah.

Pihak kerajaan melalui syarikat air yang ditubuh perlu berusaha untuk memenuhi keperluan bekalan air bersih kepada rakyat. Tidak perlulah membuat cadangan agar rakyat menggunakan air hujan untuk keperluan domestik.

Kalaupun cadangan itu munasabah, ia hanya untuk musim hujan. Hanya untuk menyiram pokok atau membasuh.

Bagaimana pula pada musim kemarau? Tidak perlu fikir bagaimana hendak tadah air hujan musim kemarau. Anda boleh jadi gila jika berterusan berfikir bagaimana cara hendak tadah air hujan pada musim kemarau. 

No comments:

Post a Comment