Sunday 16 May 2021

SEJARAH MASJID SULTAN YAHYA PETRA MACHANG

Masjid Sultan Yahya Petra, Machang mula dibina pada tahun 1968. Perletakan batu asas pembinaan telah disempurnakan oleh Tun Abdul Razak Husin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada hari Ahad 26 Zulkaedah 1387 bersamaan 25 Februari 1968.

Perasmian Masjid Yahya Petra disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra Ibni Sultan Ibrahim, pada Khamis 22 Muharram 1389 bersamaan 10 April 1969.

Keseluruhan bangunan Masjid Sultan Yahya Petra adalah berasaskan batu, berukuran 270 kaki panjang dan 174 kaki lebar dan boleh menampung jemaah seramai 2300 orang. Ia dibina di atas tapak tanah berkeluasan 2 ekar.

Masjid ini terdapat satu menara besar berbentuk bujur, empat menara kecil dan dua kubah. Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri di mana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.

Sebelum terbinanya Masjid Sultan Yahya Petra, masyarakat di pekan Machang pada ketika itu bermukim di bawah Mukim Masjid Bandar Lama Machang yang telah dibina pada tahun 1920 dengan binaan kayu.

Masjid Bandar Lama Machang ini dibina di Pangkal Changgong yang merupakan bandar lama Machang yang menjadi kawasan penempatan awal masyarakat di  sini. 

No comments:

Post a Comment