Wednesday 30 June 2021

KEPENTINGAN BAHASA ISYARAT

Mengikut definisi, bahasa isyarat adalah bahasa mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh dan gerak bibir untuk berkomunikasi.

Biarpun bahasa isyarat dikaitkan dengan mereka yang menghadapi masalah pendengaran, hakikatnya orang normal juga sebenarnya secara tidak disedari turut menggunakan bahasa isyarat dalam perhubungan seharian.

Hal ini lebih merujuk kepada penggunaan bahasa badan atau penggunaan bahagian badan tertentu ketika berkomunikasi. 

Dalam masyarakat yang Malaysia berbilang kaum, penggunaan bahasa isyarat dilihat lebih penting berbanding dengan kehidupan masyarakat yang hidup di negara mempunyai penduduk atau kaum atau mengamalkan satu budaya sahaja.  

Tidak dinafikan, biarpun telah lama berhubung dan bergaul dalam kehidupan seharian, masyarakat Malaysia masih berdepan dengan masalah berkomunikasi.  

Terdapat kaum bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung dengan orang Melayu dan bangsa lain. 

Didapati golongan tua kaum Cina dan India tidak lancar bertutur dalam bahasa Malaysia. Mereka tinggal di dalam kelompok masyarakat sendiri tanpa terdedah kepada hubungan dengan masyarakat lain. Kaum India lebih tertumpu tinggal di estat dan ladang, manakala kaum Cina pula menguruskan perniagaan.

Selain, itu satu lagi keadaan yang ketara membataskan komunikasi masyarakat Malaysia ialah di kalangan penduduk Orang Asli dan penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak. 

Golongan ini, terutama yang tinggal di pedalaman dan kurang berhubung dengan masyarakat luar, tidak mampu menggunakan bahasa Malaysia dengan baik. Keadaan itu menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi dengan orang ramai.

Keaadan atau fenomena yang dinyatakan di atas menyebabkan pentingnya penggunaan bahasa isyarat sebagai medium untuk berkomunikasi dalam budaya Malaysia.

No comments:

Post a Comment