Friday 25 June 2021

MAKSUD "BERMAIN DENGAN ISTERI JIRAN"

Seronok dapat main dengan isteri jiran terutama ketika suaminya bertugas di luar kawasan. Masa itu tidak ada gangguan untuk bermakin dan boleh main sepuas-puasnya. Kalau tidak dapat main rasa satu bebanan perasaan pula. 

Peluang main isteri jiran memang hebat dan amat menarik, terutama yang kali pertama dapat bermain. Kalau boleh hendak diulang-ulang jika ada peluang bermain dengan isteri jiran.

Ops! Main dengan isteri jiran. Apa yang anda faham dengan perkataan itu?

Ada yang marah kononnya penggunaan ayat main dengan isteri jiran  memberi konotasi buruk. Pemikiran yang dikuasai oleh seks atau yang berkaitan dengannya. 

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrif perkataan konotasi sebagai idea yang dimaksud­kan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersurat. Konotasi juga bermaksud perkataan yang mempunyai nilai-nilai emosi tertentu.

Maka itu, main dengan isteri jiran boleh dimaksudkan bermain apa-apa jenis permainan yang lazim dimainkan. Main dengan jiran juga boleh dimaksudkan melakukan hubungan seks dengan isteri jiran.

Justeru, untuk mendapat makna sebenar main dengan isteri jiran perlu terus mendengar atau membaca ayat yang seterusnya. Maksud main dengan isteri jiran juga boleh difahami berdasarkan situasi atau siapa pengucapnya.

Kalau lelaki yang mengucapkan saya main dengan isteri jiran, ia memberi dua maksud yang perlu diselidiki. 

Pertamanya apakah yang dimainkan itu. Maklumat lanjut perlu dicari dan diperoleh untuk mendapat maksud main dengan isteri jiran itu. Jadi, jangan mudah membuat keputusan atau andaian tidak baik. 

Mungkin juga kita dapat gambaran berdasarkan sikap pengucapnya dan juga isteri jiran itu. 

Mungkin main dengan isteri jiran itu bermaksud bermain apa-apa jenis permainan. Atau mungkin juga main dengan isteri jiran itu merujuk kepada hubungan seks dengan isteri jiran.

Namun, jika penutur saya main dengan isteri jiran itu adalah wanita, maka mudah untuk kita memahami bahawa yang dimaksudkan main dengan isteri jiran itu adalah bermain sesuatu jenis permainan.

No comments:

Post a Comment