Wednesday 21 July 2021

KUIH JALA MAS

Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu terkenal di Kelantan. Rasanya lemak manis. Ia dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula.

Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak.

Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudian ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.

Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus.

Pada awalnya ia hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan dan perkahwinan.

Pun begitu, sekarang ini ia mudah diperoleh di pasar-pasar di Kelantan. Permintaan tinggi terhadap jala mas berlaku pada bulan Ramadan.

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak suka rasa manis tidak akan makan jala mas.

Disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi.

Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar.

Nama jala mas mungkin diambil dari warnanya yang kuning keemasan dan bentuknya seperti jala.

No comments:

Post a Comment