Sunday 25 July 2021

MAKSUD 'ROBA' DIALEK KELANTAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘roba’ adalah perkataan ringkas kepada ‘pancaroba’.

Tetapi dalam dialek Kelantan, perkataan ‘roba’ bemaksud ‘padam’. Dalam perkataan Inggeris kata ‘delete’.

Perkataan roba diambil daripada perkataan Inggeris British ‘rubber’ yang bermaksud getah pemadam.

Namun, getah pemadam dalam bahasa Inggeris Amerika ialah ‘eraser’. Manakala ‘rubber’ pula merujuk kepada kondom di Amerika Syarikat.

Getah pemadam dalam dialek Kelantan dipanggil ‘roba’. Perkataan ‘roba’ juga merujuk kepada perkataan ‘memadam’.

Jadi, perkataan ‘roba’ dalam dialek Kelantan membawa dua maksud iaitu ‘getah pemadam’ dan ‘memadam’.

Untuk menantukan sama ada ia bermaksud ‘getah pemadam’ atau ‘memadam’ bergantung kepada bentuk ayat.

No comments:

Post a Comment