Sunday 1 August 2021

KEBAIKAN SISTEM REBAN AYAM TERTUTUP

Sistem reban ayam tertutup merupakan satu kaedah penternakan ayam secara moden yang canggih dilengkapi sistem kawalan suhu dan kelembapan yang jauh berbeza dengan keadaan kebanyakan reban ayam.

Dengan integrasi ternakan yang menggabungkan teknologi moden dalam infrastruktur, ayam boleh mencapai berat sesuai dipasarkan dalam masa antara 32 dan 35 hari, berbanding antara 38 dan 42 hari sekiranya ternakan dilakukan secara terbuka.

Reban yang keseluruhan bahagian bertutup rapat kecuali untuk udara keluar masuk. Pengudaraan dalam reban dapat dikawal mengikut kesesuaian yang diperlukan.

Kawalan suhu dan kawalan kelembapan adalah penting bagi proses pembesaran ayam.

Dalam persekitaran yang selesa produktiviti ayam dioptimumkan. Suhu dalam reban diselaraska lebih rendah dari suhu diluar. Persekitaran dalam reban selesa kepada ayam.

Perubahan suhu minimum dan maksimum dalam reban tertutup lebih kurang 4°C (24-28°C) berbanding sehingga 10°C( 25>35°C) bagi reban terbuka.

Dalam keadaan tertutup, ayam kurang mengalami tekanan kerana gangguan dari faktor luar dapat diminimumkan.

Lebih banyak ayam boleh dipelihara kerana keperluan luas ruang lantai bagi setiap ekor ayam boleh dikurangkan sepertiga berbanding menggunakan reban terbuka.

Kos ubat dapat dikurangkan kerana kawalan penyakit dilakukan dengan berkesan. Kadar kematian dan kecederaan ke atas ayam kurang berbanding reban terbuka.

No comments:

Post a Comment