Monday 27 September 2021

NISE CAIR, MANISAN ASLI MUDAH DIGUNA

 
Tentu telah banyak yang kenal dengan gula melaka atau dalam dialek Kelantan lebih dikenali sebagai nise atau nisan. Ia dijadikan sebahagian menu masakan orang Melayu untuk penyediaan kuih.

Gula melaka bentuknya pejal. Jika hendak digunakan kenalah dipanaskan dengan air untuk menjadikan ia cair. Ia agak rumit jika yang diperlukan sedikit sahaja.

Sekarang ini sudah banyak pengusaha yang menjual nise dalam bentuk cecair atau dikenali nise cair atau nisan cair. Sekali pandang ia seperti kicap, tetapi lebih pekat.

Adanya nise cair memberi kelebihan dari segi penggunannya. Ia sedia untuk digunakan tanpa perlu memasak atau memanaskan kembali.

Macam-macam boleh digunakan seperti sebagai manisan untuk kuih lompat tikam, dicicah dengan ketupat atau lemang, penyediaan pengat dan menu beberapa jenis kuih lain.

Malah ada juga yang menggunakan nise cair sebagai syrup manisan asli dicampurkan dalam minuman. Ada juga yang menggunakan nise cari sebagai manisan untuk disapukan kepada roti, biskut dan sebagainya.

Jadi, kepada peminat manisan, boleh dapatkan nise cair yang bukan sahaja sedap dan mudah digunakan, tetapi juga kaya khasiat asli.

No comments:

Post a Comment