Saturday 18 September 2021

CARA PILIH BIJI ANAK BETIK BETINA

Pokok betik ada betina dan jantan. Pokok betik betina akan mengeluarkan buah yang elok dan besar. 

Manakala pokok betik jantan hanya akan mengeluarkan bunga atau buah kecil sahaja. Ada orang panggil buah betik jantan sebagai betik rambai.

Cara untuk mendapat anak betik betina ialah ketika memilih biji benih.

Langkah pertama ialah ambil buah betik masak dan berkualiti. Belah buahnya dan ambil biji benih.

Biji benih itu kemudian diasingkan mengikut warna. Asingkan biji yang berwarna hitam dengan yang berwarna agak kelabu.

Biji benih yang disemai untuk mendapat anak betik betina ialah yang berwarna hitam. Biji benih yang berwarna kelabu tidak perlu disemai kerana akan menghasilkan anak betik jantan.

Selamat mencuba. 

1 comment: