Saturday, 25 June 2022

Kesetiaan akar umbi UMNO teras kekuatan

 
Kesetiaan dan kebersamaan di antara pimpinan dan akar umbi UMNO adalah paling mustahak sebagai persediaan parti itu untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Bagi tujuan itu, UMNO tidak boleh berkompromi dengan sebarang elemen yang dilihat mahu merencatkan haluan atas pendirian yang mencurigakan.

Presiden UMNO menggalas amanah besar untuk meneruskan apa yang sudah diputuskan dan ditetapkan oleh parti.

Bukan untuk kepentingan mana-mana pihak atau individu, sebaliknya demi masa depan rakyat, negara dan parti UMNO.

UMNO sudah membuat ketetapan secara kolektif mengenai hala tuju terbaik untuk PRU ke-15 pada beberapa perhimpunan agungnya.

Maka parti ini harus fokus kepada perancangan yang sudah pun direncanakan melalui suara majoriti akar umbi dan pimpinannya.

Sesungguhnya, rakyat juga menaruh harapan tinggi kepada UMNO untuk memulihkan negara dan mengembalikan kegemilangan lalu.

Jalan terbaik untuk memulihkan negara dengan mewujudkan kembali kestabilan politik melalui proses demokrasi. Menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memperbaiki kemakmuran yang sudah dirosakkan sejak 9 Mei 2018.

No comments:

Post a Comment