Friday, 17 June 2022

CARA CARIAN HADIS

 
Penganut Islam memerlukan kepada hadis untuk rujukan dan panduan hidup. Umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara kita Malaysia menggunakan kitab-kitab hadis untuk dijadikan rujukan. 

Ilmu hadis satu cabang ilmu diwarisi daripada ulama silam. Terdapat tokoh hadis terkenal menyumbang jasa mengembang ilmu hadis. Antara tokoh hadis terkenal adalah Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah. Enam tokoh hadis ini ulama hadis terkenal menjadi rujukan ulama hadis seterusnya. Himpunan hadis mereka dikenali Sunan Hadis (setiap mereka mempunyai himpunan hadis masing-masing).

Bagaimanapun tidak semua orang berpeluang memiliki Sunan Hadis. Sebaliknya banyak yang merujuk kitab hadis berdasarkan kepada bab-bab tertentu sahaja yang disalin semula atau dijadikan sebahagian daripada sesebuah makalah, naskah atau rencana.

Kaedah tradisi mencari hadis ialah menggunakan kitab hadis atau buku-buku agama. Selain itu, banyak orang belajar hadis dengan berguru, kemudian mencatat sendiri hadis itu untuk rujukan atau kegunaan masa depan.  

Namun, keadaan sekarang sudah banyak berubah selari dengan perubahan taknologi moden. Paling ketara perubahan yang berlaku dalam dekad ini ialah penggunaan internet atau hubungan dunia maya dan perisian.

Mereka yang ingin mencari sesuatu maklumat hanya perlu melayari internet dan mengikut prosudur yang amat ringkas untuk mendapat apa yang diingini.  

Kaedah melayari internet juga kini dimanfaatkan oleh mereka yang ingin mencari sesuatu hadis.  

Cara ini semakin meluas dan telah diterima oleh semua golongan, terutama mereka yang dikategorikan sebagai celik komputer. Kaedah ini diterima secara global dan menjadi satu transformasi dalam penyebaran maklumat atau ilmu.

Penggunaan interaksi alam maya juga telah digunakan sebagai satu pendekatan dakwah. Justeru itu, kemasukan atau entri hadis juga berlaku secara meluas dalam rangkaian internet. 

No comments:

Post a Comment