Beriman dengan hari akhirat adalah
mempercayai bahawa selepas manusia mati, Ada suatu kehidupan lain di akhirat di
mana manusia akan dibangkitkan semula untuk menerima pembalasan daripada Allah
di atas segala perbuatan yang dilakukan oleh mereka di dunia ini.
Sesungguhnya mereka yang beriman
kepada hari akhirat tidak sekali-kali akan melakukan perbuatan dosa kerana
mereka sedar perbuatan dosa itu akan menyebabkan diri akan dimasukkan ke dalam
neraka yang amat pedih siksaannya.
Firman Allah SWT yang maksudnya:
"Di hari itu, Allah akan menyempurnakan balasan yang setimpal untuk mereka
(berdasarkan amalan mereka yang sebenar), dan tahulah mereka bahawa Allahlah
yang benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikatnya yang
sebenar." - (Surah an-Nur, ayat 25).
Maka, sesiapa yang beriman kepada
hari kiamat akan menjauhkan apa-apa perlakuan atau perbuatan yang termasuk
dalam senarai dosa dan meningkatkan segala amalan yang mendatangkan kebaikan.
No comments:
Post a Comment