Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) bina rangkaian bantu asnaf. Hendak membantu asnaf tidak terdaya dengan segelintir pihak sahaja terlibat. Bilangan asnaf memang banyak yang perlu dibantu. Maka, perlu banyak pihak yang perlu bersedia dan sanggup membantu asnaf.
Sebab
itu, PCAK sedaya upaya membina rangkaian
dengan sebanyak mungkin NGO, jabatan, syarikat dan individu yang sanggup
membantu sama ada turut sama dalam aktiviti PCAK atau sebagai penyumbang.
Alhamdulillah,
rangkaian PCAK semakin berkembang. Ada NGO, jabatan, syarikat dan individu yang
sudi memberi sumbangan untuk disampaikan kepada asnaf.
Sebagai
menghargai sumbangan dan sokongan, serta kepercayaan pihak lain membantu PCAK
untuk membantu asnaf, amanah yang diberikan dilaksanakan sebaik mungkin.
Malam
ini, Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud, menyantuni asnaf untuk menyampaikan
sumbangan yang diserahkan oleh seorang penyumbang. Jejak asnaf tersebut
terpaksa dilakukan pada waktu malam kerana pada siang hari asnaf berkenaan
tiada di rumah kerana keluar mencari rezeki.
Jadi,
demi amanah untuk asnaf, waktu malam tidak menjadi penghalang kepada PCAK untuk
terus beraksi demi membantu asnaf.
PCAK
merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan
lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat
dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton
Daud di talian 011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment