Friday 27 January 2023

BERSAMA PCAK MEMBANTU ASNAF

 
Ketika kita berasa diri mengalami hidup yang susah dari segi kewangan untuk memenuhi keperluan asas, sebenarnya masih ada lagi individu atau keluarga yang bedepan kesusahan lebih teruk.
 
Menyedari hakikat itu, Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) secara berterusan sepanjang tahun berusaha mengumpulkan dana dan barangan keperluan untuk diserahkan kapada golongan asnaf.
 
Marilah bersama PCAK untuk membantu asnaf. Jika kita berasa susah, mereka lagi susah daripada kita. Membantulah sekadar termampu.
 
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

Gambar -  barangan yang diterima daripada penyumbang siap bahagikan untuk dimasukkan ke dalam bag sebelum diagihkan kepada penerima

No comments:

Post a Comment