Sunday, 22 January 2023

KELEBIHAN AMALAN DALAM BULAN REJAB

 
Di sini kami nyatakan beberapa pendapat para ulama berkaitan kelebihan bulan Rejab.
 
Antaranya ialah:
 
- Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut dalam hadis yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. (Tabyin al-‘Ajab, 9)
 
- Imam Ibn al-Qayyim mengatakan: “Setiap hadis yang menyebut berkaitan puasa pada bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu dalam bulan tersebut adalah satu pendustaan yang direka”. (al-Manar al-Munif, 96)
 
- Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang daif (daif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat daif”. (al-Sail al-Jarrar, 297)
 
- Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa pada bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW”. (Faidh al-Qadhir, 4:210)
 
Tarjih
Setelah kami melihat dan menekuni pendapat para ulama dalam masalah ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadis-hadis yang sahih seperti amal ibadat tertentu.
 
Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedekah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beritiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu. Ini kerana, bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain. 

Sumber:

No comments:

Post a Comment