Kuih bakul atau Nian Gau merupakan kuih
tradisi masyarikat Tionghua. Kuih bakul diperbuat daripada tepung beras pulut
yang dikisah atau dimesin dan gula.
Kuih bakul adalah menu wajib setiap kali ketibaan
Tahun Baharu Cina kerana ia dipercayai membawa tuah kerana namanya: "nian
gao". Goa bermaksud kuih dan gao pula bermaksud ‘tinggi’ yang membawa erti
"setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".
Kuih bakul tradisional menggunakan pembalut
daun pisang yang diletakkan pada tin selinder sebelum dimasukkan adunan tepung
beras pulut dicampur air dan gula.
Kebanyakan proses membuat kuih bakul masih
secara tradisional seperti menggunakan kayu api untuk mendapatkan aroma dan bau
wangi, selain menggunakan daun pisang untuk membungkusnya.
Mengukus adalah proses yang panjang dan
perlahan, tetapi demi mahu mengekalkan rasa tradisional dalam kuih bakul, masa
14 hingga 18 jam dianggap berbaloi. Proses pengeringan pula mengambil masa
kira-kira tujuh hari.
Selain rasa yang sedap, penyediaan kuih bakul
secara tradisional dan masa pengukusan yang lama sehingga masa sempurna dapat
disimpan lama hampir dua tahun serta tidak cepat rosak.
Biarpun kuih bakul sinonim dengan sambutan
Tahun Baharu Cina, namun kini ia ada dijual sepanjang tahun. Tidak sukar untuk
mendapat kuih bulan, terutama melalui jualan dalam talian. Di manapun anda
berada, niat untuk makan kuih bulan akan tercapai.
No comments:
Post a Comment