Wednesday 9 October 2024

KHASIAT LIMAU KASTURI

 
Limau kesturi (tetapi banyak dieja “kasturi” - Citrus microcarpa) merupakan tumbuhan yang berasal dari Filipina dan telah tersebar ke Asia Tenggara. Di Amerika, ia dipanggil sebagai kalamasi atau limau panama.
 
Buah limau kasturi biasanya bersaiz kecil. Namun, ada juga baka yang saiznya agak besar, tetapi tidak sebesar limau lain.
 
Perahan air limau kasturi dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan berkesan.
 
Selain itu, limau kasturi juga mempunyai kebaikan:
 
Hilangkan batuk - Campurkan limau kasturi bersama kicap dan garam. Kacau kemudian diminum setiap pagi dan malam. Mudah-mudahan, batuk akan beransur pulih
 
Hilang sakit kepala - Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga airnya keluar.
Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
 
Mengurangkan lelah - Ambil sesudu madu, kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan lima titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.
Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami gejala lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
 
Menghilangkan bau badan - Cara pertama adalah dengan memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian. Manakala, cara kedua, adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.
 
Turunkan berat badan - Perahan limau kasturi dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Seeloknya, teh itu panas suam kerana kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan mudah-mudahan, perut yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

No comments:

Post a Comment