Saturday 6 July 2024

UMNO KEKAL UTUH MEMAYUNGI ISLAM

 
Ketika kalah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) UMNO dilabelkan akan berkubur dan dan tidak mampu bangkit. Bahkan ada usaha-usaha akan kuburkan UMNO secepat mungkin menggunakan kuasa undang-undang. Namun, semua itu tidak menjadi kenyataan.
 
Pada hari ini UMNO menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat dan di beberapa buah negeri. UMNO masih lagi utuh dan berfungsi sebagai pihak yang memayungi Melayu dan Islam.
 
Biarpun tanpa kuasa menerajui negara, UMNO tidak menggadaikan perjuangan asal. Ahli UMNO masih setia dan menyokong kepimpinan parti. Sebab itu, apabila tiba musim persidangan tahunan peringkat cawngan dan bahagian, serta di peringkat pusat, ahli UMNO menunjukkan kesungguhan untuk membuktikan bahawa ahli di peringkat akar umbi masih kuat dan berdaya tahan.
 
UMNO masih diharapkan untuk rakyat bergantung harap. Biarpun tanpa kuasa, terutama di beberapa negari dikuasai Perikatan Nasional (PN) rakyat masih mencari pemimpin UMNO untuk meminta pertolongan dan mengadu masalah.
 
Biarpu perit dan sukar membantu ketika tiada kuasa, pemimpin UMNO masih sedaya upaya membantu. UMNO bukan parti yang menolong rakyat bermusim malah parti keramat melayu UMNO ini sentiasa berhidmat untuk rakyat tanpa mengira waktu.
 
UMNO merupakan parti yang tradisinya membela rakyat. Cabaran yang dilalui bukan pematah semangat, tetepi terus meniup semangat kepada ahli-ahli akar umbi untuk terus istiqamah dalam mempertahankan wadah perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air.
 
Sesungguhnya, Allah SWT memberi sedikit ujian kepada ahli UMNO, dan melaluinya ahli boleh menilai siapakah yang setia dan kekal beristiqamah bersama parti dan perjuangan keramat ini.
 
Melihat kepada perkembangan terkini, sambutan meriah dan semangat yang ditonjolkan seluruh ahli UMNO di setiap cawangan dan bahagian menggambarkan bahawa UMNO akan bangkit semula dan terus berusaha mengembalikan keyakinan rakyat.
 
UMNO melalui kepimpinan yang berada di dalam kabinet memberikan komitmen untuk memastikan UMNO kekal sebagai sebuah parti yang memartabatkan Islam dan meletakkan matlamat memperkasa Islam sebagai agenda parti sejak dahulu lagi.
 
Sebab itu, dengan kepercayaan yang diberikan kepada Presiden UMNO di peringkat Kerajaan Persekutuan, UMNO berusaha melaksanakan agenda menjadikan TADIKA KEMAS di seluruh negara sebagai TADIKA Pra-Tahfiz KEMAS, begitu juga usaha memperkenalkan Dasar Tahfiz Negara ke arah memperkasakan sistem pendidikan tahfiz dan pada masa yang sama menyediakan laluan kerjaya khusus kepada mereka melalui TVET.
 
Demi agama, bangsa dan negera, seluruh ahli-ahli UMNO dan seluruh masyarakat di Malaysia perlu terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada UMNO. Teruslah beristiqamah dan jadikan semangat perpaduan dan kebersamaan sebagai asas untuk terus bergerak ke hadapan.

 




No comments:

Post a Comment