Sunday 25 August 2024

KAPAL TLDM KD PENDEKAR KARAM DI TANJUNG PENYUSUP

 
Sebuah kapal penyerang laju (FAC) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pendekar dilaporkan terkandas setelah mengalami kebocoran di lokasi kira-kira dua batu nautika tenggara Tanjung Penyusup, pada 25 Ogos 2024
 
Difahamkan ketika kejadian terdapat 39 kru. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika kapal berkenaan sedang melaksanakan penugasan operasi. Kebocoran itu dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek bawah air.
 
Kebocoran yang mula dikesan di bilik jentera kapal berkenaan merebak dengan cepat dan tidak terkawal. Semua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya.
 
Usaha pantas komuniti maritim telah berjaya menyelamatkan kesemua kru sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya. Tiada kecederaan dilaporkan.
 
TLDM mengesahkan KD Pendekar telah tenggelam sepenuhnya pada pukul 3.54 petang pada 
25 Ogos 2024. 
 
KD Pendekar merupakan FAC daripada kelas Handalan dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada 27 Julai, 1979. 

No comments:

Post a Comment