Mereka sukarelawan. Makanya, apa yang
dilakukan adalah tidak berbayar. Tenaga mereka percuma. Namun, mereka melakukan
tugasan seperti dibayar puluhan ribu. Mereka menjadi kuli kepada individu yang
memerlukan bantuan mereka.
Itulah semangat sukarelawan Bulan Sabit
Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan dalam melakukan tugasan ketika bencana
banjir. Beritahu sahaja di mana dan bila mereka perlu bertugas, akan ada yang
datang menghulurkan tenaga dan kepakaran masing-masing.
Biarpun tidak mendapat balasan dalam bentuk
kewangan di atas apa yang dilakukan, mereka puas dan bersyukur dapat membantu.
Semangat kesukarelawan mengajar mereka untuk melakukan tugas tanpa balasan
kewangan.
Kebanyakan mereka bukan sehari dua
menceburkan diri dalam bidang kesukarelawan. Ada yang sudah puluhan tahun menjadi
sukarelawan. Bahkan ada yang sudah lebih 50 tahun berbakti menabur jasa menjadi
sukarelawan.
Tahniah kepada semua. Hanya Allah SWT
membalas kebaikan yang dilakukan. Amin.
Gambar - Agihan kit makanan di PPS Sekolah Kebangsaan Lati, Pasir Mas. Kit makanan tajaan Nestle. Agihan dilakukan pada 1 Dis 2024
No comments:
Post a Comment