Kelapa pandan sangat berpotensi dalam
pasaran tempatan mahupun luar. Ia wangi dan menyelerakan. Jika diusahakan
secara komersial, pasti mendatangkan untung besar kepada pengusahanya.
Penjagaan pokok kelapa pandan mudah dan
tidak pening kepala seperti durian. Kelapa pandan mengeluarkan hasil seawal 2
tahun 10 bulan hingga 3 tahun dengan penjagaan rapi. Jadual pembajaan dan racun
yang mudah dilakukan. Risiko pokok mati amat rendah. Kalau ada pokok terbantut,
mudah untuk dipulihkan agar tumbesaran kembali normal.
Daun dan pucuk kelapa pandan disembur
dengan racun serangga sebaik sahaja ditanam. Kelapa pandan secara relatifnya lebih
tahan lasak berbanding dengan penanaman durian.
Anggaran pendapatan 1 ekar kelapa pandan.
Katakan 1 ekar ditanam 60 pokok. Jarak tanaman 8x8 meter. Selepas 3 tahun, ia
berbuah.
Satu pokok mengeluarkan 20 biji sebulan.
Ada 60 pokok, maka jumlahnya 1200 biji sebulan. Harga sebiji kelapa pandan
dijual RM2.00. Jumlah diperoleh adalah RM2400 sebulan untuk setiap ekar. Harga
RM2.00 sebiji itu harga di kebun. Harganya tentu lebih mahal jika sudah sampai
di pasaran atan di bandar.
Itu kira harga di kebun dan keluasan kebun
hanya satu ekar, sudah dapat RM2400 sebulan. Boleh kira sendiri jika keluasan
kebunnya lebih luas.
No comments:
Post a Comment