Tuesday, 18 February 2025

PERKHIDMATAN BOT AMBULAN

 
Perkhidmatan ambulans merupakan salah satu elemen penting dalam penyediaan perkhidmatan kecemasan terutamanya untuk memudahkan urusan rawatan dan penghantaran pesakit bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
 
Selain daripada ambulans darat, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menyediakan perkhidmatan bot ambulans bagi kawasan yang tidak boleh dihubungi dengan jalan darat.

Kemudahan perawatan dan kecemasan di dalam bot ambulan adalah sama dengan apa yang ada di dalam ambulan biasa. 
 
Perkhidmatan bot ambulans membolehkan perkhidmatan kesihatan dapat dikecapi dan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk yang tinggal di kawasan pulau. 


No comments:

Post a Comment