Tuesday, 18 March 2025

UMNO BERADA PADA LANDASAN KUKUH

 
Tukang penulis naratif dan pembenci sibuk dengan mereka-reka cerita bahawa UMNO ditolak rakyat secara keseluruhan apabila bersama dalam Kerajaan Perpaduan yang turut disertai DAP. 

Hakikatnya, cerita itu bukan baharu, bahkan telah lama disebar untuk menguburkan UMNO dari pentas politik negara. Mereka ingin menghapuskan tinta sejarah cemerlang dilakar UMNO sejak parti itu dibubuhkan.
 
Biarpun diasak bertubi-tubi dan difitnah dengan pelbagai cara, UMNO masih berdiri teguh memayungi Islam dan orang Melayu. Biarpun terdapat di kalangan bekas pemimpin tertinggi UMNO sendiri menjadi kuda tunggangan untuk menghancurkan UMNO, ia tidak menjadi kenyataan.
 
UMNO masih di hati ahli akar umbi yang setia tidak berbelah bahagi kekal yakin parti itu masih pada landasan perjuangan asal. Mereka tidak termakan hasutan dan dakyah reka cipta yang tidak berpijak di bumi nyata.
 
Malah, semakin banyak ahli yang cenderung menolak UMNO disebabkan terpengaruh dengan janji bulan bintang musuh-musuh UMNO, kini mula kembali menyokong dan bersama UMNO. Program anjuran UMNO kembali mendapat sokongan dan sambutan.
 
Jadi, usaha tukang tulis naratif bahawa UMNO akan berkubur berlaku sebaliknya. UMNO kembali pada landasan untuk kembali berkuasa dan terus memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara. 

No comments:

Post a Comment