Kepulauan
Spratly mempunyai potensi untuk merebak ke konflik yang lebih besar. Perebutan
untuk menguasai sebahagian kelautan dan kepuluan di kawasan berkenaan
melibatkan Malaysia, Taiwan, China, Vietnam, Brunie dan Filipina.
Menguasai
(sebahagian) kawasan telah memberi banyak keuntungan kepada negara berkenaan
terutama untuk 'menanda' sempadan negara yang akan meluaskan kawasan kelautan
dan kepuluan yang dikuasai.
Pengusaan
ini memberi kelebihan untuk penguasaan hasil laut seperti ikan sertai hasil
bumi seperti petrolium. Ia juga amat penting bagi tujuan penguasaan untuk
keperluan pertahanan negara.
Perebutan
penguasaan antara negara ini telah mencetuskan ketegangan di kawasan berkenaan.
Ia melibatkan aset ketenteraan. Antara
sebilangan kecil 'pertempuran' dilaporkan adalah seperti berikut.
Pada 8 Mac 2009, lima
buah kapal milik China iaitu sebuah kapal perisik, sebuah kapal jabatan laut
China, sebuah kapal pengukur laut dan dua buah kapal nelayan laut dalam telah
mengelilingi dan membuat gerakan-gerakan yang menganggu perjalanan sebuah kapal
milik Amerika Syarikat (AS) iaitu USS Impeccable.
Insiden berlaku lebih
kurang 75 batu dari selatan Pulau Hainan menyebabkan berlakunya “pertempuran”
kecil dengan menggunakan meriam air (kapal AS ini tidak dilengkapi senjata
api). Kelasi China turut menanggalkan seluar dalam mereka dan melontarkan
cangkuk untuk merosakkan peralatan survey kapal AS tersebut.
Pada
14 Mac 1988, satu pertempuran kecil berlaku di antara tentera laut China dan
Vietnam dalam satu insiden yang di namakan pertempuran di Terumbu Selatan
Johnson.
Terumbu Johnson
merupakan kawasan yang dikuasai oleh Vietnam (umum mengetahui bahawa Vietnam
pernah terlibat dalam peperangan dengan China dan kedua-dua negara ini adalah
seteru di antara satu sama lain walaupun China pernah membantu Vietnam dalam
peperanganya memerangi AS di antara tahun 60an dan 70an dahulu).
Menjelang
akhir Januari 1988, Vietnam sudah mula mengesan kehadiran tentera China dan
kapal perangnya di terumbu Johnson menyebabkan Vietnam turut menghantar
tenteranya sebagai persediaan sebarang kemungkinan dengan seterunya itu.
Pada Mac 2013, kapal
perang China mengesan kehadiran kapal perang kecil Vietnam dengan nombor penan
HQ-604 bergerak ke kawasan terumbu Johnson dan satu lagi kapal perangnya dengan
nombor penan HQ-605 bergerak ke terumbu Lansdowne Reef.
Kapal perang Vietnam
dengan nombor penan HQ-505 pula belayar ke arah Terumbu Collins, tiga
pergerakan kapal yang dianggap sebagai pencerobohan ke dalam wilayah China.
Pada
tahun 1994, insiden pencerobohan yang serupa turut terjadi di antara tentera
laut Filipina dengan kapal perang China. Pencerobohan
di lakukan oleh kapal perang China ke dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ)
milik Filipina.
Filipina yang
diketahui mempunyai armada laut yang paling lemah di kalangan negara ASEAN bagaimanapun
tidak mengarahkan kapal perangnya menembak atau melakukan provokasi ke atas
kapal perang China itu.
Ini dibuat
memandangkan kesanggupan China untuk memusnah atau menggunakan kekerasan ke
atas sesiapa sahaja seperti yang terjadi pada Vietnam sedangkan pencerobohan
secara jelas dibuat oleh China.
Kapal
perang Filipina kemudian melarikan diri dari bertembung dengan kapal perang
China itu.
Insiden
yang melibatkan kapal perang dan pesawat milik TUDM ini dilapor berlaku pada
akhir April 2010. Ia tidak dilapor dalam
mana-mana media tempatan dalam negara tetapi menjadi tajuk utama dalam akhbar
di China.
Laporan dari akhbar
The Southern Daily (akhbar rasmi komunis China dalam bahasa Cina) bertarikh 1
Mei memberitahu, sekumpulan kapal perikanan China sedang menjalankan aktiviti
pelayaran mereka di kepulauan Spratly yang dipanggil Nansha oleh pihak China.
Armada kapal-kapal
perikanan China ini sebenarnya merupakan strategi China untuk menguatkan
tuntutan dan penguasaan mereka ke atas seluruh pentas Laut China Selatan dan
khususnya Spratly.
Kapal-kapal perikanan
China bukanlah seperti kapal-kapal dari Jabatan Perikanan Malaysia kerana
kebanyakkan kapal-kapal perikanan China ini mempunyai keupayaan untuk belayar
di laut dalam dan jauh dari pengkalan mereka.
Kapal-kapal ini ada
di antara berat 1,400 tan sehingga 2,400 tan mempunyai besar yang hampir
menyamai kapal korvet. Ada kapal-kapal perikanan laut China ini merupakan
modifikasi dari bekas-bekas kapal perang China.
Akhbar The Philippine
Star pada tahun 2009 ada menyiarkan hasrat China untuk menggunakan kapal-kapal
perikanan yang kelihatan “innocent” ini untuk berlayar di Laut China Selatan.
No comments:
Post a Comment