Sangat penting untuk semua rakyat Malaysia
memahami peranan dan fungsi institusi beraja di negara kita, sama ada pada
peringkat Persekutuan dan juga pada peringkat negeri.
Peranan penting Yang di-Pertuan Agong sesuai
dengan peranan baginda sebagai pengimbang kepada pelaksanaan sistem demokrasi
negara.
Takhta Yang di-Pertuan Agong yang seringkali
dianggap segelintir masyarakat hanya sekadar simbol hari ini terbukti dalam
memainkan peranan sebagai pengimbang yang bijaksana kepada kestabilan keadaan
politik negara.
Kemelut politik kali ini menampilkan
kesukaran tertentu terutamanya dalam menangani perkara sensitif dan persoalan
perundangan yang tidak nyata secara harfiah dalam Perlembagaan.
Perkara 40(2) memberikan kuasa budi bicara
kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri.
Kuasa budi bicara ini ‘diikat’ dengan syarat
bahawa seseorang yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri hendaklah seorang
Ahli Dewan Rakyat, dan juga seseorang yang pada hemat baginda, mungkin
mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat (Perkara 43(2)(a).
Selain dua syarat di atas, Yang di-Pertuan
Agong juga hendaklah memastikan bahawa calon tersebut bukan seorang yang
mendapat taraf kewarganegaraan dengan cara pendaftaran atau naturalisasi
(Perkara 43(7).
Kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan
pembubaran Dewan Rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 55(2) yang
menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog (menangguh) atau
membubarkan Parlimen.
No comments:
Post a Comment