Setiap
anak yang baharu dilahirkan perlu dinamakan. Pemilihan nama anak mestilah indah
disebut dan membawa makna yang baik. Maksud indah ialah senang disebut,
mudah diingati dan ringkas.
Makna
yang baik merujuk apakah 'lambang' kepada nama itu. Dalam hal ini,
memandangkan bahasa di syurga menggunakan bahasa Arab, haruslah diterjemahkan
nama mengikut bahasa Arab.
Bagaimanapun,
tidak bermakan nama orang Islam di seluruh dunia mesti seperti nama orang Arab.
Kalaupun nama itu tidak membawa apa-apa maksud, ia tidak menjadi masalah kerana
perkara yang diutamakan ialah mengelak memberi nama yang membawa maksud buruk
dan tidak sesuai dalam masyarakat.
Kita
berasa sedih apabila banyak nama dalam bahasa Melayu apabila diterjemahkan ke
dalam Bahasa Arab mempunyai makna buruk dan mengaibkan, biarpun sedapk
bunyinya. Nama binatang, perbuatan buruk, maksud buruk dan nama berhala
banyak dinamakan kepada anak akibat tidak mengetahui maksud dalam Bahasa Arab.
Bagi
mengelak perkara itu, sebelum menetapkan nama anak, rujuklah maknanya dalam
Bahasa Arab kepada mereka yang arif. Perlu diingatkan, agar nama dalam
Bahasa Arab hendaklah dieja dan disebut betul-betul.
Tambahan
atau tertinggal satu huruf membawa makna berbeza. Begitu juga nama yang
menggabungkan beberapa perkataan sepatutnya saling berkaitan antara satu sama
lain.
Antara
nama pilihan Rasulullah SAW ialah Abdullah apabila baginda memberi nama anak
Abu Thalhah dan Abbas dengan nama Abdullah pada hari kelahirannya. Nama
Abdullah sudah digunakan sebelum kedatangan Islam lagi dan ayahanda Nabi
Muhammad SAW sendiri bernama Abdullah (hamba Allah).
Selain
itu, Baginda SAW sukakan nama para nabi apabila memberi nama Ibrahim kepada
anaknya iaitu nama bapa para Nabi, iaitu Nabi Ibrahim.
Ibu
bapa sekarang amat gemar menambah huruf kepada nama anak agar kelihatan agak
pelik dan panjang. Penambahan huruf q.e.y.f dan z banyak dilakukan kepada
nama anak kerana dikatakan menarik, sedangkan keadaan sebenar menyebabkan nama
anak sukar disebut dan dieja.
Pemilihan
nama anak juga perlu menunjukkan perbezaan jantina. Ada ibu bapa sengaja
menamakan anak lelaki dengan nama melambangkan anak perempuan dengan alasan
mencari kelainan atau terlalu menyukai nama itu.
Perbezaan
jantina perlu jelas bagi mengelak kekeliruan. Biarpun penggunaan bin dan
binti membezakan antara lelaki dan perempuan, tetapi perkataan tersebut sering
tidak disebut atau ditulis.
Satu
perkara semakin berlaluasan berlaku dalam masyarakat Melayu ialah pemilihan
nama panjang. Nama itu sama ada digabungkan secara satu sebutan atau
diasingkan menjadi hingga tiga atau empat nama. Ejaan nama menjadi lebih
panjang apabila ditambah dengan pangkal nama keluarga.
Nama
panjang memang nampak hebat, tetapi tiada kelebihnnya, bahkan banyak
mendatangkan masalah. Tiada untungnya nama panjang hingga menggunakan 30
huruf, sedangkan nama panggilan harian hanya tiga atau empat huruf
sahaja.
Anak
berhak mendapat nama yang baik kerana itulah yang akan digunakan oleh mereka sepanjang
hidup di dunia ini.
No comments:
Post a Comment