Friday 8 June 2018

DOSA TIDAK TUTUP AURAT DI RUMAH


Ramai tidak sedar atau tidak ambil berat berkaitan dosa tidak menutup aurat ketika berada di rumah. Hal ini mungkin terjadi disebabkan kejahilan mengenai hubungan bukan mahram. Seperti diketahui, wanita tidak boleh mendedahkan aurat kepada bukan mahram. Dan, tidak semua ahli keluarga dikira atau menjadi mahram.
 

SIAPAKAH YANG DIKATAKAN GOLONGAN MAHRAM BAGI WANITA.
1. Bapa sendiri ( bapa kandung).
2. Bapa suami (bapa mertua).
3. Anak lelaki.
4. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
5. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
6. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara).
7. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara).
8. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
9. Anak lelaki susuan.
10. Bapa susuan.
11. Saudara susuan.
12. Bapa saudara sususan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.
13. Menantu lelaki.

Maka, selain yang disenaraikan di atas adalah bukan mahram kepada wanita. Justeru, hendaklah dipatuhi dalam soal menjaga aurat biarpun ketika berada di dalam rumah.

No comments:

Post a Comment