Friday 13 July 2018

Kampung Dusun Durian Bekalam Bachok

Di Kelantan terdapat beberapa kampung menggunakan nama "Dusun Durian". Salah satu ialah Kampung Dusun Durian, Bekelam, Bachok Kelantan. Biarpun namanya Kampung Dusun Durian, kawasan kampung tersebut sekarang ni tiada dusun durian. Yang ada banyak ialah sawah padi. Tetapi, tidaklah pula ditukar nama kepada "Kampung Sawah Padi".

Kampung Dusun Durian dihubungkan dengan jalan raya yang agak baik (jalan kampung) yang disambungkan dengan jalan utama untuk menuju ke pekan Jelawat, Kampung Beris Kubur Besar, Kampung Bukit Marak dan sebagainya. 

Penduduk Kampung Dusun Durian menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Loak. Manakala pelajar peringkat sekolah rendah pula di Sekolah Kebangsaan Kampung Chap, Sekolah Kebangsaan Bekelam atau sekolah pilihan lain yang terletak lebih jauh.



 

No comments:

Post a Comment