Gerak
saraf (GS) bermaksud: “Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang
untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak
sahabat dan golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur”
Manakala
perang saraf (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh
atau musuh sebagai kumpulan sasarnya.
Maksud
“propaganda” pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa
apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang
diperkatakan sendiri bukan propaganda.
Gerak
saraf perang saraf (GSPS) merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi
rakyat untuk memastikan kedudukan kerajaan stabil dan mampu melaksanakan
tugasan untuk kepentingan rakyat.
Kita
sering keliru apabila disebut GSPS, maka dirujuk kepada suasana pilihan raya
semata-mata. Hakikatnya, GSPS itu perlu dilakukan sepanjang masa untuk
mencapai apa-apa matlamat yang diingini.
Amat
penting sekarang ini kerana GSPS juga perlu digunakan untuk mendepani
Peperangan Informasi dan juga Peperangan Persepsi. Sudah semestinya media baharu
(siber) menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus
berlakulah perang propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan
pembohongan.
Dengan
erti kata lain, dalam mempuat propaganda, tidak hanya bersandarkan kepada fakta
benar, sebaliknya yang separuh benar dan pembohongan itu perlu dilakukan.
Justeru,
jika ada sesuatu isu dibangkitkan, para propaganda tidak perlu menanti atau
mencari fakta sebenar baru hendak bertindak. Bertindak segera dengan apa saja
'fakta' yang ada untuk menangkis propaganda musuh.
Perlu
diingat, kebanyakan propaganda musuh sebenarnya tidak berasaskan kepada fakta
atau kebenaran. Maka, bagaimana hendak tunggu kebenaran baharu hendak
bertindak? Secara tuntasnya, yang palsu perlu juga dipadamkan dengan yang
palsu.
Nilai
keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat
bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat.
Kejayaan
GSPS berkait rapat keupayaan para propaganda dalam menganalisis
kekuatan, kelemahan, persekitaran dan kebolehpercayaan kumpulan sasar
supaya ianya berimpak tinggi.
Justeru,
penguasaan GSPS khususnya dalam Perang Persepsi di kalangan rakyat perlu
dilakukan sepenuhnya terutama golongan pertengahan (terutamanya di kawasan
bandar yang ada kemudahan dan akses kepada internet).
Dalam
mendepani permasalahan GSPS ini, kerajaan melalui agensi tertentu telah mewujudkan
sistem pemantauan serta amaran awal kepada kerajaan melalui penyediaan maklum
balas perisikan yang lengkap, tepat, bersepadu serta berwibawa di peringkat
negeri, nasional dan antarabangsa.
Hal
itu amat penting dalam mengekal dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap
kerajaan melalui pendekatan komunikasi dengan tumpuan kepada kaedah-kaedah bagi
memenangi minda rakyat.
Maklumat
yang dibekalkan juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran dan penghayatan
rakyat berbilang kaum yang mantap dan kukuh bagi memupuk nilai-nilai murni,
semangat patriotisme dan cintakan negara.
No comments:
Post a Comment