Sunday 17 January 2021

CARA MEMBUAT KEROPOK BATANG PISANG

Dahulu, pokok pisang yang telah diambil buah buahnya akan dibiarkan begitu sahaja. Kalau musim banjir, ada yang mencari batang pisang untuk dijadikan rakit. Atau pada musim cuti sekolah ia akan dijadikan tempat duduk budak yang hendak disunat atau dikhatan.

Paling tidak pun, batang pisang akan diambil untuk dijadikan makanan ternakan. Itupun banyak lembu yang makah ‘leweh’ tidak mahu makan batang pisang.

Sekarang ini, satu perkara yang tidak terfikir pada masa dahulu ialah kegunaan batang pisang sebagai bahan untuk dibuat keropok. Menarik bukan.

Bahkan ada juga batang pisang yang dijadikan jus batang pisang.

Kalau macam ini boleh dikira pokok pisang dikira pokok serbaguna. Dari buah, jantung, daun dan batang pisang semuanya boleh dimanfaatkan.

Berbalik kepada keropok batang pisang, memang belum banyak orang yang memcuba membuatnya. Namun, cara membuat keropok batang pisang telah tular di media sosial.

Sesiapa yang ingin mencuba membuat sendiri keropok batang pisang boleh mencari cara membuatnya di laman sesawang. Cara membuatnya ditunjukkan langkah demi langkah. Dari awal sehingga siap untuk dimakan.

Selamat mencuba. 

 

No comments:

Post a Comment