Tuesday 27 December 2022

MASJID DAUDI MUKIM KUALA LEMAL PASIR MAS

 
Masjid Daudi Mukim Kuala Lemal, Pasir Mas, Kelantan menjadi tumpuan musafir untuk berhenti menunaikan sembahyang Jumaat dan lima waktu yang melalui Jalan Pasir Mas – Tanah Merah.
 
Terletak di Kampung Kubang Terap, Masjid Mukim Kuala Lemal adalah salah satu masjid yang terletak di Daerah Lemal.  
 
Daerah Lemal mempunyai 7 mukim iaitu Mukim Lubok Tapah, Mukim Lati, Mukim Chicha Tinggi, Mukim Kubang Ketam, Mukim Tasek Raja, Mukim Pengkalan Merlong Dan Mukim Kuala Lemal.
 
Masjid Daudi menjadi pilihan musafir disebabkan kedudukannya di tepi jalan utama Jalan Pasir Mas – Tanah Merah, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
 
Masjid Daudi menjadi mercu tanda bagi pengguna jalan raya selepas keluar dari Jambatan Salor menuju Tanah Merah atau selepas melalui Jejambat Pasir Mas.
 
Suasana di dalam dan di luar masjid amat selesa menjadikan musafir yang pernah singgah di masjid berkenaan akan mengulangi jika melalui pada waktu lain. Mereka akan mengingatinya sebagai masjid pilihan untuk menunaikan sembahyang, mahupun sekadar berhenti seketika untuk hal-hal lain.

No comments:

Post a Comment