Sunday 18 December 2022

KEJADIAN KEPALA AIR BESAR DI LATA BELATAN

 
Kepala air bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Aliran air ini boleh terjadi apabila berlaku hujan yang sangat lebat dan ianya berupaya membawa segala macam kelodak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya. 

Keadaan itu membahayakan kepada sesiapa berada di laluan kepala air tersebut. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan kepada struktur binaan yang terdapat di situ. 

Salah satu tempat atau lokasi yang sering berlaku fenomena kepala air ialah di kawasan Hutan Lipur Lata Belatan, Jabi, Terengganu.

Bagaimanapun, fenomena ia tidak mendatangkan bahaya disebabkan langkah berjaga-jaga sering dilakukan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu untuk mengelak kejadian buruk berlaku, terutama kepada pengunjung hutan lipur yang terkenal itu. 

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu peka dengan menutup kawasan tersebut jika berlaku hujan lebat pada satu-satu masa dan menutup sepanjang musim tengkujuh. 

No comments:

Post a Comment