Tuesday 3 January 2023

PANTAI KANDIS SESUAI AKTIVITI BERKUMPULAN

 
Pantai Kandis satu lokasi perkelahan di jajahan Bachok. Biarpun baharu dikenali, ia sudah menjadi tumpuan pengunjung.
 
Sepertimana pantai-pantai lain yang terkenal di jajahan Bachok, daya penarik utama Pantai Kandis ialah keadaan tepi pantai yang luas dan landai menjadikan ia amat sesuai untuk aktiviti berkumpulan atau berkeluarga.
 
Pantai yang bersih dengan hamparan pasir putih dan halus menjadikan amat sesuai untuk melakukan aktiviti pantai.
 
Pantai Kandis berada dalam daerah Telong. Aktiviti pelancongan pantai sebenarnya baharu terkenal di daerah Telong. Sebelum ini aktiviti pelancongan pantai lebih tertumpu di daerah Melawi yang berada di utara daerah Telong.
 
Untuk sampai ke Pantai Kandis, pengunjung perlu melalui Jalan Malawi – Pulau Kambing, kemudian memasuki Lorong Masjid Mukim Kuala Kandis sehingga sampai ke tepi pantai.  

No comments:

Post a Comment