Kelantan
dikatakan antara negeri terawal menerima kedatangan Islam di Nusantara. Biarpun
tidak jelas masa mulanya, tetapi bukti sejarah mengatakan agama Islam mula
bertapak dan dianuti penduduk Kelantan sejak kira-kira 1180 Masihi atau 577
Hijrah.
Tafsiran
tersebut dibuat berdasarkan kepada penemuan dinar emas pada tahun 1941 di
kawasan bekas tapak Kota Kubang Labu yang pernah menjadi pusat pemerintahan
kerajaan Kelantan pada sekitar 1702 Masihi.
Pada
muka depan dinar tersebut tertulis perkataan Arab ‘al-Mutawakkal Allah’ yang
bermaksud ‘berserah kepada Allah’. Manakala di muka belakangnya tertulis
perkataan ‘al-Julus Kelantan’ bermaksud ‘Kerajaan Kelantan”.
Di
bahagian atas perkataan tersebut tertulis angka Arab 0VV bermaksud 577. Angka
557 tidak dinyatakan sebagai tahun, tetapi telah ditafsir oleh ahli sejarah
sebagai tahun 577 Hijrah yang bersamaan tahun 1180 atau 1881 Masihi.
Berdasarkan
kepada penemuan dinar emas itu, dapat disimpulkan bahawa agama Islam telah
bertapak dan dianuti rakyat Kelantan sejak abab keenam Hijrah atau abad ke
12 Masihi.
Jika
bahan sejarah ini dapat diterima sebagai bukti berkaitan penerimaan ajaran
Islam di Kelantan, bermakna Kelantan lebih awal kira-kira 300 tahun daripada
Melaka didatangi pendakwah Islam.
Kewujudan
kerajaan di tanah Kelantan lebih awal berbanding Melaka yang dibuka oleh
Parameswara pada sekitar 1400 Masihi.
Sedikit tentang penyebaran Islam khasnya di
Pantai Timur, agama ini tersebar melalui para pendakwah dan pedagang yang
berkunjung ke pelabuhan-pelabuhan di sebelah Pantai Timur yang menghadap Laut
Champa, biasanya menjadi persinggahan utama kepada mereka yang datang dari arah
China atau yang ingin meneruskan perjalanan ke China atau ke
pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Segenting Kra, seterusnya ke Indochina.
No comments:
Post a Comment