Banyak ayat
al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah-buahan yang pelbagai
menunjukkan betapa pentingnya bidang pertanian pada pandangan Islam.
Allah SWT
berfirman dalam surah al Anaam ayat 99 yang bermaksud: “Dan Dialah yang
menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala
jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang
menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah-buan) yang
bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami
keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami
jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta delima, yang bersamaan
(bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.”
Firman Allah
SWT yang bermaksud: “Kami menjadikan (di atas muka bumi ini tempat yang sesuai
untuk dibuat) ladang-ladang kurma dan anggur. Kami pancarkan banyak mata air
(di situ). Tujuannya supaya mereka boleh mendapat rezeki daripada hasil tanaman
tersebut dan tanam-tanaman lain yang mereka usahakan. Adakah mereka berasa
tidak perlu bersyukur?”
(Surah Yasin, ayat 34-35)
(Surah Yasin, ayat 34-35)
Bidang pertanian, terutama yang
mengeluarkan hasil makan ruji seperti beras perlu dilihat dari aspek
keselamatan negara.
Sebab itu, negara kaya dan maju
terus mengeluarkan sendiri sumber makanan biarpun sebenarnya adalah lebih
menguntungkan jika negara berkenaan mengimport bekalan makanan itu dari luar
negara.
Negara maju belum tentu selamat
dan dapat menyediakan bekalan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya jika
berlaku peperangan, bencana dan ancaman penyakit sekiranya tidak mempunyai
bekalan makanan dikeluarkan sendiri di dalam negara.
Keperitan dan kesengsaraan
rakyat pada zaman penjajahan Jepun bukan saja tertumpu kepada layanan buruk
tentera Jepun, tetapi turut menjadi isu utama ialah kekurangan bekalan
makanan.
Justeru, bidang pertanian pada
bila-bila masa perlu diberi keutamaan. Pengeluaran hasil makanan yang
mencukupi untuk keperluan rakyat perlu dijadikan agenda utama negara.
Sebagai contoh, Jabatan
Pertanian negeri boleh menggunakan pendekatan blue ocean strategy (strategi
lautan biru) dalam melaksanakan pelbagai program khusus sama ada untuk tenaga
kerja kerajaan atau swasta.
No comments:
Post a Comment