Islam menetapkan kaedah jual beli. Perkara pertama ialah
tidak menjual barang yang diharamkan.
Sabda Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah
mengharamkan jual minuman keras, bangkai, babi dan berhala.(HR Bukhari dan
Muslim)”
Ketika membuat iklan atau menyatakan kepada pembeli mengenai
barang yang hendak dijual mesti tepat tentang barang itu, terutama tentang
keadaan, fungsi atau kebaikan barang ingin dijual.
Setiap barang hendaklah segera dijual jika ada
pembelinya. Ditengah menyimpan barang
dengan tujuan untuk mendapat keuntungan lebih jika dijual pada masa hadapan.
Islam mementingkan agar keperluan semasa orang ramai diutamakan dengan menjual
apa yang diingini atau diperlukan oleh pengguna.
Hadis diriwayat oleh Ahmad bermaksud: “Barang siapa yang
menimbun barang keperluan makanan selama 40 hari, ia sungguh telah lepas dari
Allah dan Allah telah berlepas darinya." Manakala dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan
menimbun kecuali orang yang salah." (Hadis riwayat Muslim)
Jadikan bidang
pertanian satu lambang kejayaan dan ketakwaan.
Melakukan sesuatu dengan niat kebaikan dan kerana Allah, mereka itulah
beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Rezeki tidak
datang bergolek melainkan diusahakan.
Taburlah bijih benih dan dijaga dengan sempurna, maka kemudian itu
berserahlah kepada Allah menumbuhkan rezeki untuk hamba-Nya yang sentiasa
berusaha.
Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud: "Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman,
melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang
dihasilkan oleh tanaman berkenaan." (Hadis riwayat Ahmad)
Sabda Rasulullah
SAW bermaksud: "Carilah rezeki dari khazanah bumi." (Hadis riwayat
Tabrani).
Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menjayakan tanah yang tidak dimiliki
oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak terhadapnya."
(Hadis riwayat Ahmad, Malik dan Bukhari)
No comments:
Post a Comment