Tabiat membeli-belah secara online
sudah menjadi trend dalam kalangann masyarakat Malaysia. Ia semakin berkembang
dengan pantas menjelang tahun 2018.
Ini
kerana kemudahan membeli-belah secara online jauh lebih mudah dan tidak
membebankan. Ditambah pula ia lebih menjimatkan masa serta kos, keperluan
membeli-belah secara online mampu menyelesaikan masalah berbelanja pada masa
kini.
Trend berbelanja secara online sudah
menjadi amalan rakyat Malaysia apabila mereka menjadikan amalan itu sebagai
rutin mingguan, bulanan atau tahunan dalam membeli barangan yang diingini.
Pada tahun 2018, lebih 2 juta
pelanggan baharu yang akan berbelanja secara online. Ia sekali gus meningkatkan
30 peratus kekerapan membeli-belah secara online secara bulanan.
Tahun 2017 memperlihatkan fenomena
dalam industri e-dagang melonjak naik lebih-lebih lagi apabila permintaan bagi
perkhidmatan kurier oleh Pos Malaysia turut meningkat.
Melihat trend perniagaan secara online
sekarang, pada tahun 2018 bakal berkembang pesat sehingga membuatkan ia
mengubah cara berbelanja rakyat di negara ini.
Jika tahun-tahun sebelum ini, 75
peratus penghantaran barangan e-dagang adalah dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri
luar seperti Pulau Pinang, Johor dan Terengganu namun ia semakin berubah
kebelakangan ini apabila kebanyakan penghantaran berlaku di kawasan-kawasan
luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak.
Kini, tilam pun pelanggan akan
membelinya secara online.
Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa
melaporkan, populariti membeli-belah secara online rakyat Malaysia telah
meningkat sembilan peratus berbanding tahun 2016u dengan 76 peratus rakyat
Malaysia menyatakan mereka membeli-belah secara online sekurang-kurangnya
sekali sebulan.
Kajian itu juga menunjukkan kategori
teratas untuk belian secara online adalah pembayaran bil 58 peratus, fesyen 52
peratus dan tempahan perjalanan 52 peratus.
No comments:
Post a Comment