Bukan
mustahil turun berat badan jika ikut cara atau panduan betul. Fikir positif dan
yakin diri melakukan cara berkesan. Pastikan bersungguh-sungguh dan istiqamah
untuk capai berat badan diingini agar kelihatan cantik dan sihat. Badan
langsing dan menawan memberi nilai tambah kepada kehidupan seharian. Jauhi
obesiti kerana ia sarang penyakit.
Pakar psikologi dan pemakanan memberi 13 panduan untuk menurunkan atau mengawal
berat badan. Selamat mencuba dan semoga berjaya.
1. Ada
visi dan yakin kepada: ’Saya boleh langsing’. Sikap positif itu perlu
ditanamkan kerana ia menjadi pemacu kepada tindakan lain sehingga impian untuk
langsing menjadi satu kenyataan. Kita tidak boleh ragu-ragu dengan kebolehan
sendiri.
2. Ingin
langsing kerana ingin sihat. Ini motif yang tepat untuk langsing.
Kesihatan adalah harta yang paling berharga. Hidup menjadi lebih bermakna jika
keadaan diri sihat dan mampu meneruskan kehidupan yang selesa biarpun usia
telah meningkat.
3. Tahu
risiko berlebihan berat badan. Berat badan berlebihan memberikan pelbagai
risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing
manis, kadar kolesterol tinggi dan angin ahmar.
4. Jalani
ujian kesihatan. Banyak orang merasakan dirinya sihat kerana tidak ada
tanda ketara menunjukkan dirinya mengidap sesuatu penyakit. Inilah antara punca
mengapa penyakit kronik sukar diubati setelah keadaan parah. Jadi, lakukan
pemerikasaan secara berkala, dan ambil langkah berjaga-jaga yang antara lainnya
dilakukan dengan mengawal makan.
5. Tetapkan
matlamat realistik untuk turunkan berat badan. Banyak orang yang berusaha
menurunkan berat badan ingin mencapai matlamat dengan cepat. Akibatnya mereka
mudah kecewa jika tidak mencapainya. Sebenarnya, kejayaanmenurunkan berat badan
satu hingga dua kilogram sebulan sudah memadai.
6. Timba
ilmu tentang pemakanan yang tepat. Ilmu tentang pemakanan merangkumi
sistem pemakanan yang tepat dan berkesan. Diet tidak semestinya menjauhkan
daripada memakan nasi, roti, mi dan biskut atau makanan yang disebut sebagai
berat. Apa yang penting ialah seimbang dan merangkumi segala jenis makanan
mengikut carta pemakanan.
7. Hadiri
kelas sokongan dan motivasi. Ada yang sudah bersemangat untuk langsing,
tetapi masih gagal kerana melakukannya seorang diri. Carilah rakan yang
sama-sama berusaha mengawal berat badan.
8. Ikut
kaedah diet tepat. Anda perlu amalkan pemakanan yang tepat agar anda boleh
langsing dan kekal langsing dan bukan mengikuti diet yang membuat berat badan
anda sekejap naik dan sekejap turun.
9. Tidak
menyeksa diri. Ramai merosakkan tubuh mereka kerana menjalani program diet
yang tidak makan, kurang makan atau sekat makan.
10. Amal
kaedah senaman yang berkesan. Senaman tanpa teknik berkesan tidak akan
membuahkan hasil yang diinginkan. Misalnya, teknik pernafasan sangat penting
untuk membakar lemak dan ini boleh dipelajari melalui nasihat pakar senaman.
11. Berhati-hati
memilih produk langsing. Banyak produk langsing tubuh yang telah
diharamkan kerana boleh merosakkan tubuh. Ada kes kematian akibat mengambil pil
pelangsing mengandungi unsur racun. Jadi, berhati-hatilah sebelum membeli.
12. Belajar
cara membaca label makanan. Pilih makanan yang kurang kalori dan kandungan
gula. Pentingkan makanan yang mempunyai pelbagai kandungan vitamin dan
mineral.
13. Jangan
salahkan orang lain atau keadaan. Usaha yang dilakukan ada kehendak dan ditentukan
sendiri. Jika gagal, jangan salah orang lain.
Sekiranya,
peraturan yang dicadangkan ini dipatuhi, tidak ada alasan anda akan gagal
melangsingkan badan. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment