Tuesday 4 July 2023

TANAM RUMPUT MINYAK BERI PULANGAN LUMAYAN

 
Sekarang semakin banyak orang menternak jenis haiwan ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri, kerbau, kerbau dan kibas. Haiwan ruminan adalah jenis yang mempunyai perut yang dibahagikan kepada empat ruang dan memamah semula makanannya selepas dihadamkan di dalam rumen. Ternakan ini biasanya makan rumput dan jenis makanan dalam bentuk daun, umbut dan sebagainya.

Memandangkan kawasan ragut atau tempat terbuka yang tumbuh dengan rumput semakin terhad, sumber makanan untuk haiwan ruminan itu semakin sukar diperoleh. Jika mengharapkan dedak sebagai sumber makanan, ia agak mahal dan tidak memberi keuntungan kepada penternak.

Justeru, penternak memilih untuk membeli rumput segar. Rumput segar lebih murah dan jimat. Ia sesuai untuk makanan ternakan ruminan.

Banyak jenis rumput yang ditanam untuk dijual. Antara jenis yang paling banyak ditanam ialah rumput minyak. Rumput ini boleh mencecah harga sehingga RM10 untuk guni 50 kilogram. Ia memberi memberi satu sumber pendapatan kepada penanam rumput minyak.  

Rumput minyak (Brachiaria Humidicola) antara jenis rumput yang mudah tumbuh dan penjagaan yang minimun. Penanaman rumput minyak menggunakan biji benih atau keratan akar rumput tua. Pada peringkat permulaan penanaman, tanah perlu dibajak. Buat 2 kali putar sampai hancur tanah.

Tapak tanah untuk menanam rumput minyak perlu dipilih kawasan yang tidak bertakung air pada musim hujan. Biasanya pokok akan mati jika air bertakung lebih seminggu.

Jarak tanaman rumput minyak perlu rapat agar pokok tersebut cepat menutup tanah bagi mengelak rumput liar lain tumbuh.

Waktu terbaik menanam rumput minyak ialah pada musim hujan untuk mempercepatkan tembesaran. Jika ditanam pada musim panas, proses siraman perlu dilakukan. Sebenarnya, pokok rumput minyak tahan pada cuaca panas, tetapi tumbesaran akan lambat.

Rumput boleh dituai setelah berusia sebulan setengah hingga dua bulan. Ketinggian ketika itu lebih kurang 15 inci sehingga 20 inci. Tuaian boleh dilakukan sebanyak 7-8 kali setahun bergantung pada jenis tanah, baja, siram dan cuaca.

No comments:

Post a Comment