Friday 18 August 2023

PROJEK MADU KELULUT PPK BANDAR BAHARU

 
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bandar Baharu, Kedah mengusahakan projek lebah madu kelulut sejak lebih satu tahun lalu. Kiranya projek ini masih baharu, tetapi sudah menunjukkan kemajuan projek yang membanggakan. Ia sudah mendapat perhatian peminat atau penternak madu kelulut apabila berita mengenainya tersebar di media sosial.
 
Pengurusan PPK Bandar Baharu sekarang ini memberi tumpuan untuk menyusun atur landskap dan makanan yang diperlukan oleh kelulut agar dapat menghasilkan madu yang lebih banyak dan berkualiti.
 
Projek yang dikenali BB Farm itu menarik minat bakal pengusaha dan penternak lebah madu kelulut. Mereka yang datang untuk melihat bagaimana rupa bentuk log, jenis lebah madu kelulut, cara penjagaan, cara tuaian hasil, beberapa asas penjagaan seperti di bawah teduhan, jenis makanan dan jenis-jenis perosak dan gangguan.
 
Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, BB Farm kongsikan tidak kira siapa, bangsa, agama dan asal negara.
 
Orang ramai dijemput untuk lihat sendiri dan jadikan 13 log yang ada ini sebagai tempat pembelajaran, pemerhatian, perkongsian ilmu dan apa sahaja.
 
Bee Bee Farm Bandar Baharu @ BB Farm.

No comments:

Post a Comment