Wednesday 11 October 2023

CIRI-CIRI MEMPELAM HARUM MANIS

 
Mempelam harum manis memang terkenal. Pengeluar utamanya di Perlis. Malah harum manis sinonim dengan Perlis.
 
Digelar harum manis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis. Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.
 
Musim mempelam harum manis adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun, selama hanya sebulan atau sebulan setengah. Kini dengan teknologi yang telah dijalankan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), mempelam harum manis mampu mengeluarkan buah sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah penanaman di bawah struktur perlindungan hujan. 
 
Kajian percubaan pengeluaran mempelam harum manis sepanjang tahun telah dijalankan sejak tahun 2011.
 
Kini penanaman harum manis sudah tersebar di seluruh Malaysia. Ada pembekal anak pokok harum manis secara dalam talian. Bolah diposkan ke semua tempat. Namun tidak pula diketahui tentang kejayaan penanamannya.
 
Ini ada satu iklan penjualan pokok harum manis.
 
Ciri-ciri pokok harum manis (yang dijual):
- Pokok kahwin cepat berbuah seawal 6-8 bulan
- Pokok tidak mudah dijangkiti kuman
- Pokok tahan panas dan hujan
- Kemanisan buahnya yang luar biasa
- Buah juga rasa lemak
- Isinya berwarna kekuningan
- Aroma bau buah yang kuat apabila masak
- Sesuai dengan cuaca Malaysia
- Harga buah mangga ini boleh mencapai RM40/kg
- Pengeluarannya amat terhad dalam Malaysia
- Antara baka mangga terbaik di Malaysia
 
STOK TERHAD
POS SELURUH MALAYSIA
 
Catatan – kami bukan penjual anak pokok harum manis. Ia sekadar berkongsi maklumat seperti yang diiklankan di media sosial.

No comments:

Post a Comment